Polisi Pemulangan & Penggantian Produk

Coriz Agriculture komited untuk memastikan pelanggan menerima produk yang dipesan dalam keadaan baik dan betul.

Syarat Penggantian

  1. Penggantian hanya diberikan sekiranya produk diterima dalam keadaan rosak atau produk yang dihantar tidak sama dengan pesanan.
  2. Pelanggan hendaklah melaporkan masalah dalam tempoh 3 hari selepas menerima produk.
  3. Pelanggan perlu menghantar semula produk asal kepada Coriz Agriculture.
  4. Selepas produk asal diterima, Coriz Agriculture akan memproses penghantaran produk pengganti.
  5. Semua kos pemulangan dan penghantaran produk pengganti ditanggung oleh Coriz Agriculture. Tiada caj dikenakan kepada pelanggan.
  6. Pemulangan atau penggantian kerana pelanggan berubah fikiran tidak diterima.

Cara Membuat Laporan

Pelanggan boleh menghubungi Coriz Agriculture melalui saluran perhubungan rasmi yang disediakan di website Moringa Balik Pulau.