Tentang Kami

Coriz Agriculture merupakan pengusaha jenama Moringa Balik Pulau yang beroperasi di Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Bermula dari ladang moringa sendiri, aktiviti penuaian, pemprosesan dan pembungkusan produk diuruskan secara langsung oleh Coriz Agriculture.

Dari Kebun ke Produk

Selepas dituai, daun moringa yang segar dibawa ke premis pemprosesan kami untuk dibersihkan dan diasingkan daripada batang. Daun kemudian dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu bawah 60°C selama kira-kira 4 jam, sebelum dikisar mengikut kehalusan yang diperlukan untuk menghasilkan teh dan serbuk moringa. Proses pemprosesan dan pembungkusan dijalankan di premis kami sendiri.

1. Pencucian Daun Moringa.

Daun moringa yang baru dituai dicuci dengan bersih bagi menghilangkan kotoran sebelum diteruskan ke proses pengasingan daun daripada batang.

2. Pengasingan Daun daripada Batang

Selepas dicuci, daun moringa diasingkan daripada batang secara manual sebelum diteruskan ke proses pengeringan.

3. Pengeringan Daun Moringa

Daun moringa yang telah diasingkan daripada batang dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu bawah 60°C selama kira-kira 4 jam sebelum proses pengisaran.

4: Pengisaran Daun Moringa

Daun moringa yang telah dikeringkan dikisar menggunakan mesin pengisar dengan saiz mesh berbeza bagi menghasilkan potongan daun untuk teh dan serbuk moringa yang lebih halus.

5. Pembungkusan Teh Moringa

Daun moringa yang telah dikisar mengikut saiz yang sesuai untuk teh dibungkus ke dalam uncang menggunakan mesin pembungkusan automatik di premis pemprosesan kami.

Pensijilan Halal & MeSTI

Produk Moringa Balik Pulau yang berkaitan telah mendapat pensijilan Halal dan MeSTI. Sijil-sijil dipaparkan di bawah sebagai rujukan pelanggan, bersama maklumat produk yang diliputi oleh setiap pensijilan.

Penyertaan Pameran & Program

Moringa Balik Pulau aktif menyertai pelbagai pameran dan program keusahawanan, termasuk MAHA, MIHAS, PIHEX serta program anjuran agensi kerajaan. Penyertaan ini membuka peluang untuk memperkenalkan produk kami, membina jaringan perniagaan dan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan.